23 Februari 2022

Salinan MySejahtera setiap Penginap

 Ingin dimaklumkan, sebagi langkah-langkap keselamatan daripada dijangkiti Covid-19, Omicron dan apa lagi terbitan/varian yang akan muncul semua penginap mesti menghantar satu salinan muka depan MySejahtera kepada kami

Ini bagi membuktikan bahawa bakal penginap telah di vaksin, lengkap - dos pertama, dos kedua dan dos booster. Langkah keselamatan ini telah berkuatkuasa sejak bulan Jun 2021.

Ini bertujuan supaya kami tahu lebih awal bahawa semua penginap bebas Covid-19, Omicron. Penginap-penginap juga berasa selamat dan yakin tidak menjangkiti atau dijangkiti sesama rakan semasa menginap di homestay. 

Kami juga berasa yakin untuk mengemas, mencuci homestay setelah para penginap check-out. Semua cadar, sarung bantal, tuala dan segala peralatan yang terdapat di homestay diyakini tidak tercemar virus Covid-19, omicron.

Bakal penginap baru juga akan berasa selamat untuk menginap.

Sebagai langkap keselamatan, hanya bakal penginap yang telah lengkap di vaksin di terima untuk membuat tempahan menginap. 

Wabak Covid-19 dan Omicron

 Seluruh dunia termasuk Malaysia telah dilanda oleh wabak virus Covid-19 sejak 2 tahun lepas yang bermula di sekitar Januari 2020. Berlanjutan hingga kini. Ini diikuti pula oleh wabak terbitan Covid-19 ia itu Omicron yang juga mudah tersebar dengan cepat. 

Walaupun hampir semua orang dewasa telah disuntik dengan vaksin - dos pertama, dos kedua dan dos ketiga -  booster tetapi  sebagai pencegahan, kita semua digalakkan memakai pelitup muka, untuk menutup saluran pernafasan, hidung dan mulut. Banyak berita tersebar menunjukkan orang yang telah disuntik vaksin pun masih boleh terkena jangkitan virus Covid-19 dan Omicron. 

Vaksin dapat dianggap sebagai "activator" pada sistem tubuh setiap individu agar dapat meningkatkan pengeluaran/pembuatan "anti-body". Anti-body inilah yang menjadi askar-askar penghapus virus Covid-19, omicron dan lain lain. Semakin banyak anti-body dapat dihasilkan oleh tubuh, semakin kuat benteng pertahanan tubuh kita.

Jadi pembinaan, penghasilan, pengeluaran anti-body pada masing-masing tubuh setiap individu adalah berbeza pada kuantiti dan kualiti. Pekara ini di sebabkan oleh faktor tahap kesihatan pada setiap individu. Bagi yang sihat, aktif, tidak ada sakit sudah tentu mempunyai pertahanan tubuh yang tinggi. Tetapi bagi individu yang ada penyakit, tahap kesihatan yang rendah tentunya mudah dijangkiti walaupun sudah di vaksin ke tahap ketiga.

Penyebaran virus Covid adalah melalui titisan wap air (seperti wap air yang keluar dari cerek/periuk nasi panas) - wap bila kita bercakap, bertutur, bernafas. Kita semua pernah melihat di TV, di negara-negara sejuk pada musim sejuk, apabila seseorang itu bercakap, bernafas - ada semacam wap putih keluar daripada mulut dan hidung dia. Tetapi di kawasan tropika, wap yang keluar dari mulut dan hidung kita tidak jelas kelihatan, kecuali bila dihembus di hadapan cermin.

Apabila kita bertutur, berbual dengan rakan atau berada di khalayak ramai terutama di ruang tertutup, densiti atau kuantiti wap air adalah tinggi begitu juga densiti virus Covid, jadi peluang kita mendapat atau dijangkiti virus turut tinggi. 

Jadi pemakaian pelitup muka, tidak selalu berada di ruang tertutup, kurangkan berinteraksi dengan orang ramai, selalu membasuh tangan selepas memegang sesuatu menjadi habit yang wajib dipraktik ketika ini supaya kita tidak termasuk dalam statistik pengidap Covid.

04 Februari 2020

Check-in dan Check-out

Check-in (masuk) 

- check-in boleh pada bila-bila masa selepas pukul 10 pagi pada hari/tarikh yang dipilih. Jika ingin check-in lebih awal, sila beritahu, kami sedia membantu. 

Semua homestay Afidea menggunakan sistem "Self-Check-in" ia itu Tuan/Puan/Cik boleh terus check-in sebaik saja tiba atau sampai di homestay.

Untuk tujuan di atas, dua nombor kod 4 angka akan diberi 
melalui whatsapp pada pagi hari/tarikh check-in

Nombor kod 4 angka tersebut digunakan untuk buka mangga pagar dan untuk buka "keybox" yang berisi kunci homestay.

Kod nombor untuk mangga pagar dan "keybox" boleh sama atau berbeza.

Untuk mengambil kunci homestay, sila masukkan nombor kod yang diberi, susunkan supaya sebaris dengan garisan melintang di kiri kanan nombor (lihat gambar) kemudian tolak kebawah tombol hitam di kiri untuk membuka keybox.

Mangga pagar - susunkan nombor diberi sebaris garis di kiri kanan nombor pada mangga pagar dan tarik.

Rupa bentuk "keybox" dan mangga pagar seperti gambar di bawah. Kadang-kadang mungkin dalam bentuk lain.




Keybox - buka guna nombor 4 angka
Gambar 1: Keybox - buka guna nombor kod 4 angka (contoh no 9880)

Gambar 2: Mangga pagar, buka guna nombor kod 4 angka.

mangga pagar - buka perlukan nombor 4 angka
Gambar 3: Mangga pagar

mangga pagar - buka perlukan nombor 4 angka
Gambar 4: Mangga pagar

Check-out (keluar)

sebelum 12.00 tengahari

Sila hubungi kami jika Tuan/Puan/Cik ingin check-out lewat, check-out selepas 7.00 petang akan dikira sewa satu malam.

Check-out lewat hanya dibenarkan jika tiada check-in tetamu lain pada hari anda check-out. Sila hubungi kami jika Tuan/Puan/Cik ingin check-out lewat.

Peringatan Sebelum Check-out

1.  Peralatan letrik: Sila pastikan semua peralatan letrik - air-conds, lampu, kipas, TV telah dimatikan, kecuali peti sejuk dan WiFi .

2. Kebersihan homestay: 
(i) Sila kutip dan kumpulkan semua sampah-sampah yang ada di bilik-bilik, bilik-bilik mandi dan tong sampah dapur - buangkan ke tong sampah besar di luar rumah.
(ii) Cuci semua peralatan dapur - pinggan-mangkuk/gelas/mug yang telah diguna dan simpan d tempat asal.

Nota: Jika kami dapati kebersihan homestay tidak seperti keadaan asal (masa sebelum check-in) kami berhak untuk memotong deposit Tuan/Puan/Cik atau langsung tidak dipulangkan.

Check-out dan Kunci Homestay

Check-out - Sila simpan/tinggalkan kunci homestay di dalam "keybox". 

Segera maklumkan kepada kami sebaik saja Tuan/Puan/Cik telah check-out. 

 Bayaran RM100 akan dituntut daripada Tuan/Puan/Cik jika kunci hilang atau gagal dipulangkan.

Deposit homestay

Bayaran sebanyak RM100.00 perlu dijelaskan semasa membuat tempahan sebagai deposit/cagaran sekuriti menginap dan deposit kebersihan homestay (Catatan: deposit dipulangkan dalam masa 24-48 jam selepas check-out. 

Wang ini akan pulangkan secara di online transfer masuk ke akaun bank Tuan/Puan/Cik, sila berikan nama bank dan nombor akaun Tuan/Puan/Cik untuk tujuan ini. 

Deposit tempahan (booking deposit) yang dibayar semasa membuat tempahan tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada bayaran sewa homestay. Deposit ini secara automatik menjadi deposit sekuriti.

Kami menaruh kepercayaan yang sangat tinggi terhadap setiap tetamu, kadang-kadang tanpa sengaja dan tidak disedari Tuan/Puan/Cik terbawa keluar/pulang kelengkapan/peralatan yang terdapat di homestay saperti - tuala, pisau, pinggan-mangkuk, periuk, cadar dll.. Deposit ini bertujuan untuk menampung kos menggantikan peralatan/kelengkapan akibat kejadian-kejadian tersebut. 

20 September 2013

Taman riadah Bukit Layang-Layang

Bukit Layang-Layang. Ada apa?

Bukit Layang-Layang memang telah diketahui umum sebagai tempat atau tapak pesta tahunan pertandingan layang-layang sedunia dikalangan penduduk Malaysia terutama sekali penduduk Johor dan sekitar Pasir Gudang. Di waktu-waktu lain,  ia juga menjadi tempat riadah yang popular bagi penduduk Pasir Gudang. Taman hijau yang luas, ditambah dengan tasik yang cantik, lengkap dengan lorong untuk pejalan kaki atau jogging, pondok-pondok kecil serta padang permainan kanak-kanak yang diselenggara dengan baik menjadikan tempat tumpuan beriadah di waktu petang atau hujung minggu. Sebahagian daripada keindahan taman hijau ini digambarkan seperti dibawah.


Foto 1: Lorong pejalan kaki -jogging, pondok dan gerai
  Foto 1: Lorong pejalan kaki 
- jogging, pondok dan gerai

Foto 2: Sedang belajar menerbangkan layang-layang
  Foto 2: Belajar menerbangkan layang-layang

Foto 3: Menerbangkan layang-layang dengan bantuan ayah
  Foto 3: Menerbangkan layang-layang 
dengan bantuan ayah

Foto 4: Muzium Layang-layang dari arah padang
  Foto 4: Muzium Layang-layang

Foto 5: Taman permainan kanak-kanak
Foto 5: Taman permainan kanak-kanak

Foto 6: Jalan menuju ke Muzium Layang-Layang
Foto 6: Jalan menuju ke Muzium Layang-Layang

Foto 7: Pohon hijau dan tasik
Foto 7: Pohon pohon  hijau keliling tasik

Foto 8: Masjid An-Nur
Foto 8: Masjid An-Nur (Masjid Jamek)

Foto 9: Jeti di tasik (dulu ada bot kayuh) yang dimakan usia
Foto 9: Tasik dengan jeti (bot kayuh
 - tiada lagi) yang dimakan usia

Foto 10: Antara aktiviti riadah - memancing (dilarang)
  Foto 10: Antara aktiviti riadah 
- memancing (dilarang)

Foto 11: Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor dalam pembinaan.
  Foto 11: Bangunan baru Lembaga Pelabuhan 
Johor dalam pembinaan.

28 Ogos 2013

Hospital Sekitar Pasir Gudang

Hospital-hospital di Pasir Gudang

Pertambahan penduduk dan kemunculan kawasan industri baru di sekitar Pasir Gudang memerlukan lebih banyak hospital bagi mengimbangi permintaan terhadap rawatan kesihatan. Kini telah terdapat beberapa buah hospital di sekitar Pasir Gudang.
Hospital terbaharu ialah rantaian Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ). Hospital Pakar (KPJ) Pasir Gudang terletak di Taman Bukit Dahlia, di tepi Jalan Besar yang menuju ke Pusat bandar Pasir Gudang. Mula beroperasi sejak bulan Mei 2013. Johor Corporation melalui KPJ Healthcare Berhad juga memiliki dan mentadbir Hospital Wakaf An-Nur yang terletak di Jalan Mesjid, berdekatan Masjid Jamek (Masjid An-Nur) Pasir Gudang.

Manakala Hospital Penawar terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang. Hospital ini telah lama bertapak di sini dan memang dikenali oleh penduduk Pasir Gudang.

Di Bandar Seri Alam, kira-kira 8 km dari Pasir Gudang, juga terdapat sebuah hospital pakar, Regency Specialist Hospital yang hanya 300m daripada pasaraya TESCO.

Supaya kita tidak atau jarang menginap di mana-mana hospital, penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul perlu lah diutamakan. Selalu lah beriadah - jogging, berjalan kaki, berbasikal, berenang atau lain-lain. Sekali kesihatan kita terganggu, kita resah sepanjang masa dan merasa tidak normal. Jaga lah kesihatan anda sebelum hospital menjaga anda.

30 Disember 2012

Semua Afidea Homestay ada Wi-Fi dan ASTRO

Wi-Fi dan ASTRO

Semua homestay kami lengkap dengan Wi-Fi dan Astro*. Jika anda menginap di Afidea homestay sistem komunikasi dan hiburan tetap berterusan seperti di rumah sendiri.

Perlu diingatkan bahawa anda perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam akta pindaan 114A apabila menggunakan kemudahan internet yang kami sediakan. Anda bertanggungjawab terhadap apa jua kandungan yang dimuatkan kelaman sosial, web, dll saperti komen, kritik, hasutan dsb nya yang anda "upload" semasa berada di homestay menerusi sambungan internet di sini. Jadi gunakan secara berhemah dan berhati-hati sebelum dijerat dengan pindaan akta komunikasi tersebut.

* Afidea Luna Homestay telah tiada Internet Wi-Fi. Telekomunikasi di seluruh kawasan ini di bawah kawalan Maxis. Sejak pertengahan 2020, semua sambungan internet dengan wayar telah di matikan/tidak aktif.

07 Oktober 2012

Gambar Senibina Kota Iskandar dan Legoland

Senibina Kota Iskandar

Kota Iskandar merupakan Pusat Pentadbiran baru bagi Kerajaan Negeri Johor. Banyak urusan yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri telah dipindahkan kesana walaupun tidak kesemuanya.

Berikut adalah gambar senibina bangunan yang terdapat di Kota Iskandar dan pemandangan dari luar Legoland Nusajaya yang jaraknya hanya 3-4 km. Sila ke SINI untuk maklumat lanjut mengenai Kota Iskandar dan SINI mengenai Legoland, Nusajaya.


Gambar-Gambar sekitar Kota Iskandar

Foto 1: Pintu gerbang utama ke Kota Iskandar
Foto 1: Pintu gerbang utama ke Kota Iskandar


Foto 2: Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar
Foto 2: Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar 
- dikelilingi taman


Foto 3: Bangunan Sultan Ismail
Foto 3: Bangunan Sultan Ismail

Foto 4: Bangunan Sultan Ismail - senibina moorish
Foto 4: Bangunan Sultan Ismail 
- senibina moorish

Foto 5: Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi
Foto 5: Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi -
Pejabat Kerajaan Negeri Johor

Foto 6: Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi - dari dekat.
Foto 6: Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi 
- senibina bumbung
Foto 7: Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak
Foto 7: Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak

Foto 8: Dataran Mahkota
Foto 8: Dataran Mahkota

Foto 9: Dataran Mahkota - kelihatan kubah masjid
Foto 9: Dataran Mahkota - kelihatan kubah masjid

Foto 10: Dataran Mahkota dan bangunan pejabat
Foto 10: Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi
dan Dato' Muhamad Saleh Perang


Gambar-Gambar sekitar kawasan Legoland, Nusajaya

Stesen teksi - Legoland


Padang parkir


bangunan di Legoland


Legoland


Padang parkir di waktu pagi - masih sepi


Ada yang sedang dibina


Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1150 - ...