Memaparkan catatan dengan label mangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mangga. Papar semua catatan

04 Februari 2020

Check-in dan Check-out

Check-in (masuk) 

- check-in boleh pada bila-bila masa selepas pukul 10 pagi pada hari/tarikh yang dipilih. Jika ingin check-in lebih awal, sila beritahu, kami sedia membantu. 

Semua homestay Afidea menggunakan sistem "Self-Check-in" ia itu Tuan/Puan/Cik boleh terus check-in sebaik saja tiba atau sampai di homestay.

Untuk tujuan di atas, dua nombor kod 4 angka akan diberi 
melalui whatsapp pada pagi hari/tarikh check-in

Nombor kod 4 angka tersebut digunakan untuk buka mangga pagar dan untuk buka "keybox" yang berisi kunci homestay.

Kod nombor untuk mangga pagar dan "keybox" boleh sama atau berbeza.

Untuk mengambil kunci homestay, sila masukkan nombor kod yang diberi, susunkan supaya sebaris dengan garisan melintang di kiri kanan nombor (lihat gambar) kemudian tolak kebawah tombol hitam di kiri untuk membuka keybox.

Mangga pagar - susunkan nombor diberi sebaris garis di kiri kanan nombor pada mangga pagar dan tarik.

Rupa bentuk "keybox" dan mangga pagar seperti gambar di bawah. Kadang-kadang mungkin dalam bentuk lain.




Keybox - buka guna nombor 4 angka
Gambar 1: Keybox - buka guna nombor kod 4 angka (contoh no 9880)

Gambar 2: Mangga pagar, buka guna nombor kod 4 angka.

mangga pagar - buka perlukan nombor 4 angka
Gambar 3: Mangga pagar

mangga pagar - buka perlukan nombor 4 angka
Gambar 4: Mangga pagar

Check-out (keluar)

sebelum 12.00 tengahari

Sila hubungi kami jika Tuan/Puan/Cik ingin check-out lewat, check-out selepas 7.00 petang akan dikira sewa satu malam.

Check-out lewat hanya dibenarkan jika tiada check-in tetamu lain pada hari anda check-out. Sila hubungi kami jika Tuan/Puan/Cik ingin check-out lewat.

Peringatan Sebelum Check-out

1.  Peralatan letrik: Sila pastikan semua peralatan letrik - air-conds, lampu, kipas, TV telah dimatikan, kecuali peti sejuk dan WiFi .

2. Kebersihan homestay: 
(i) Sila kutip dan kumpulkan semua sampah-sampah yang ada di bilik-bilik, bilik-bilik mandi dan tong sampah dapur - buangkan ke tong sampah besar di luar rumah.
(ii) Cuci semua peralatan dapur - pinggan-mangkuk/gelas/mug yang telah diguna dan simpan d tempat asal.

Nota: Jika kami dapati kebersihan homestay tidak seperti keadaan asal (masa sebelum check-in) kami berhak untuk memotong deposit Tuan/Puan/Cik atau langsung tidak dipulangkan.

Check-out dan Kunci Homestay

Check-out - Sila simpan/tinggalkan kunci homestay di dalam "keybox". 

Segera maklumkan kepada kami sebaik saja Tuan/Puan/Cik telah check-out. 

 Bayaran RM100 akan dituntut daripada Tuan/Puan/Cik jika kunci hilang atau gagal dipulangkan.

Deposit homestay

Bayaran sebanyak RM100.00 perlu dijelaskan semasa membuat tempahan sebagai deposit/cagaran sekuriti menginap dan deposit kebersihan homestay (Catatan: deposit dipulangkan dalam masa 24-48 jam selepas check-out. 

Wang ini akan pulangkan secara di online transfer masuk ke akaun bank Tuan/Puan/Cik, sila berikan nama bank dan nombor akaun Tuan/Puan/Cik untuk tujuan ini. 

Deposit tempahan (booking deposit) yang dibayar semasa membuat tempahan tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada bayaran sewa homestay. Deposit ini secara automatik menjadi deposit sekuriti.

Kami menaruh kepercayaan yang sangat tinggi terhadap setiap tetamu, kadang-kadang tanpa sengaja dan tidak disedari Tuan/Puan/Cik terbawa keluar/pulang kelengkapan/peralatan yang terdapat di homestay saperti - tuala, pisau, pinggan-mangkuk, periuk, cadar dll.. Deposit ini bertujuan untuk menampung kos menggantikan peralatan/kelengkapan akibat kejadian-kejadian tersebut. 

Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1150 - ...