Pasir Gudang

Pasir Gudang merupakan bandar perindustrian terletak 35 kilometer dari bandar Johor Bahru. Perjalanan ke Pasir Gudang akan mengambil masa kira – kira 15 minit melalui Lebuhraya Pasir Gudang – Tebrau.

Sejarah Pasir Gudang

Pasir gudang dikatakan dibuka pada tahun 1918 oleh Long Abu yang dipercayai berasal dari kepulauan Riau. Sewaktu itu, Pasir Gudang dikenali dengan nama Kampung Pasir Udang. Kemudian, ditukar nama kepada Pasir Gudang berikutan gudang – gudang pasir bertujuan untuk dieksport ke Singapura.

Bandar Pasir Gudang

Kini, Pasir Gudang sudah dinaik taraf menjadi sebuah bandar dan ditadbir selia oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang kini terletak di Menara Aqabah, yang terletak bersebelahan Kompleks Pusat Bandar.