23 Februari 2022

Salinan MySejahtera setiap Penginap

 Ingin dimaklumkan, sebagi langkah-langkap keselamatan daripada dijangkiti Covid-19, Omicron dan apa lagi terbitan/varian yang akan muncul semua penginap mesti menghantar satu salinan muka depan MySejahtera kepada kami

Ini bagi membuktikan bahawa bakal penginap telah di vaksin, lengkap - dos pertama, dos kedua dan dos booster. Langkah keselamatan ini telah berkuatkuasa sejak bulan Jun 2021.

Ini bertujuan supaya kami tahu lebih awal bahawa semua penginap bebas Covid-19, Omicron. Penginap-penginap juga berasa selamat dan yakin tidak menjangkiti atau dijangkiti sesama rakan semasa menginap di homestay. 

Kami juga berasa yakin untuk mengemas, mencuci homestay setelah para penginap check-out. Semua cadar, sarung bantal, tuala dan segala peralatan yang terdapat di homestay diyakini tidak tercemar virus Covid-19, omicron.

Bakal penginap baru juga akan berasa selamat untuk menginap.

Sebagai langkap keselamatan, hanya bakal penginap yang telah lengkap di vaksin di terima untuk membuat tempahan menginap. 

Wabak Covid-19 dan Omicron

 Seluruh dunia termasuk Malaysia telah dilanda oleh wabak virus Covid-19 sejak 2 tahun lepas yang bermula di sekitar Januari 2020. Berlanjutan hingga kini. Ini diikuti pula oleh wabak terbitan Covid-19 ia itu Omicron yang juga mudah tersebar dengan cepat. 

Walaupun hampir semua orang dewasa telah disuntik dengan vaksin - dos pertama, dos kedua dan dos ketiga -  booster tetapi  sebagai pencegahan, kita semua digalakkan memakai pelitup muka, untuk menutup saluran pernafasan, hidung dan mulut. Banyak berita tersebar menunjukkan orang yang telah disuntik vaksin pun masih boleh terkena jangkitan virus Covid-19 dan Omicron. 

Vaksin dapat dianggap sebagai "activator" pada sistem tubuh setiap individu agar dapat meningkatkan pengeluaran/pembuatan "anti-body". Anti-body inilah yang menjadi askar-askar penghapus virus Covid-19, omicron dan lain lain. Semakin banyak anti-body dapat dihasilkan oleh tubuh, semakin kuat benteng pertahanan tubuh kita.

Jadi pembinaan, penghasilan, pengeluaran anti-body pada masing-masing tubuh setiap individu adalah berbeza pada kuantiti dan kualiti. Pekara ini di sebabkan oleh faktor tahap kesihatan pada setiap individu. Bagi yang sihat, aktif, tidak ada sakit sudah tentu mempunyai pertahanan tubuh yang tinggi. Tetapi bagi individu yang ada penyakit, tahap kesihatan yang rendah tentunya mudah dijangkiti walaupun sudah di vaksin ke tahap ketiga.

Penyebaran virus Covid adalah melalui titisan wap air (seperti wap air yang keluar dari cerek/periuk nasi panas) - wap bila kita bercakap, bertutur, bernafas. Kita semua pernah melihat di TV, di negara-negara sejuk pada musim sejuk, apabila seseorang itu bercakap, bernafas - ada semacam wap putih keluar daripada mulut dan hidung dia. Tetapi di kawasan tropika, wap yang keluar dari mulut dan hidung kita tidak jelas kelihatan, kecuali bila dihembus di hadapan cermin.

Apabila kita bertutur, berbual dengan rakan atau berada di khalayak ramai terutama di ruang tertutup, densiti atau kuantiti wap air adalah tinggi begitu juga densiti virus Covid, jadi peluang kita mendapat atau dijangkiti virus turut tinggi. 

Jadi pemakaian pelitup muka, tidak selalu berada di ruang tertutup, kurangkan berinteraksi dengan orang ramai, selalu membasuh tangan selepas memegang sesuatu menjadi habit yang wajib dipraktik ketika ini supaya kita tidak termasuk dalam statistik pengidap Covid.

Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1150 - ...