Politeknik Ibrahim Sultan

Politeknik Ibrahim Sultan (dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru). Politeknik Johor Bahru telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan sempena nama DYMM Sultan Johor pada 15 Dis. 2011.Politeknik ini membuka pintunya kepada pelajar pada Julai 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru sebelum berpindah ke kampus tetapnya pada bulan Jun 1998. Perancangan awal penubuhan Politeknik Ibrahim Sultan bermula pada tahun 1991 dengan usaha untuk mengenalpasti tapak yang sesuai di sekitar kawasan Johor Bahru.

Tapak ladang sawit seluas 100 ekar di Lot 1957, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru akhirnya telah dipilih memandangkan keadaan tanah yang sesuai dan lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang.Politeknik Ibrahim Sultan ditunjangi oleh 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am.

Status Politeknik Premier yang telah diterima pada 25 Februari 2010 menjadi cabaran utama dalam memartabatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai institusi pilihan seterusnya menjadi peneraju pendidikan dalam latihan teknikal dan vokasional (TVET) serantau. Mulai tahun 2012, pihak kementerian telah selaraskan kemasukan pelajar ke tigaPoliteknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.

Politeknik Ibrahim Sultan telah melahirkan seramai 19,993 orang graduan bagi memenuhi pasaran modal insan negara. Melalui penawaran program berimpak tinggi, relevan dan responsif, Politeknik Johor Bahru mampu menghasilkan graduan yang mempunyai employability skill, daya keusahawanan dan kebolehpasaran yang tinggi seterusnya menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pilihan utama dan melonjak imej politeknik ke tahap lebih tinggi.Pensyarah yang berkaliber dan komited menjadi aset penting dalam membentuk pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Di samping itu, Politeknik Ibrahim Sultan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menawarkan pengajian kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapat latihan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Ini disokong persekitaran pembelajaran yang kondusif lengkap dengan bengkel berteknologi tinggi, makmal komputer, Pusat Sumber dan kemudahan internet tanpa wayar menjadikan iklim pembelajaran lebih transformatif, kreatif dan inovatif.

Manakala, bidang tujahan atau niche area di Politeknik ini ialah seni reka kreatif dan reka bentuk industri. Ini merupakan visi Politeknik Ibrahim Sultan supaya menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan latihan dalam bidang kejuruteraan, rekabentuk dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s