Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG)

Kolej Komuniti Pasir Gudang merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPTM).Kolej Komuniti Pasir Gudang mula beroperasi pada 1 Julai 2006 di atas nama Kolej Komuniti Tebrau di lokasi No 61, Jalan Kijang, Taman Scientex 81700 Pasir Gudang, Johor. Lebih kurang 12 minit dari homestay kami. Pada tanggal 18 September 2007, secara rasminya Kolej Komuniti Tebrau telah bertukar kepada nama Kolej Komuniti Pasir Gudang. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kolej Komuniti Pasir Gudang menawarkan 4 kursus sepenuh masa iaitu :

  • Program Sijil Perakaunan Perniagaan
  • Program Sijil Teknologi Maklumat
  • Program Sijil Kecantikan dan Dandanan
  • Program Fesyen dan Pakaian
  • Program Sijil Modular Kebangsaan

Kolej ini juga menyediakan kursus Jangka Pendek bagi menarik lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran. Adalah diharapkan masyarakat setempat tidak akan melepaskan peluang bagi tujuan ini yang mana akan meningkatkan dan menambahkan pengetahuan untuk memperbaiki taraf hidup.

Kolej Komuniti Pasir Gudang mengorak langkah ke depan dengan membuka Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai di bawah pentadbirannya. Terletak di persisiran pantai, institusi ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan kemudahan yang lengkap sebagai landasan yang sesuai untuk merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Kolej Komuniti Cawangan Tg Piai mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan menawarkan kursus sepenuh masa Sijil Komputer dan Sokongan serta pelbagai kursus pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat.

Bermula 2011, Kolej Komuniti Pasir Gudang mula menawarkan Program Sijil Modular Kebangsaan(SMK). Ia adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3 hingga 6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar yang merangkumi kompetensi teknikal, pengetahuan dan sosial. Setiap Sijil Modular Kebangsaan adalah set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja. SMK telah direkacipta dan dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapatkan kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat. Ia berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaaan Kebangsaan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s