Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang adalah sebuah Institut Kemahiran Awam di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia. Ditubuhkan pada tahun 1982 dan sehingga kini telah melatih 10,000 orang tenaga kerja mahir di bidang mekanikal, elektronik, teknologi maklumat dan teknologi pembuatan. Telah dipersijilkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah JPK (MLVK K01003) dan Pusat Bertauliah PSMB Kelas A PROLUS.

Berkedudukan kira-kira 35 km dari Bandaraya Johor Bahru dan 5 km dari Pusat Bandar Pasir Gudang. Institut Latihan Perindustrian ke 2 di Malaysia dan pertama di Zon Selatan dengan keluasan 20 ekar tanah.Institut ini menjalankan 12 kursus kemahiran berasaskan Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik yang mana syarat kelayakan sekurang-kurangnya lulus SPM/ SPMV.Tempoh kursus adalah selama 1 tahun 6 bulan (termasuk OJT) kecuali kursus Teknologi Fabrikasi Logam  (A11), Teknologi Instrumen Perindustrian (B04) dan Teknologi Elektrik PW1 & PW2 tambahan PW4(B01) selama 2 tahun.

Kursus Teknologi Elektronik Industri  (B05) pula perlu menjalani latihan selama 2 tahun 6 bulan manakala bagi Kursus Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah (AO) hanya 6 bulan sahaja diperlukan.ILP juga menawarkan kursus lanjutan ke Tahap 3 bagi individu yang telah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 & 2 bagi kursus Teknologi Mekanik Industri (A01), Teknologi Pemesinan Am (A02), Teknologi Pemesinan CNC (A03), Teknologi Pembuatan (A04), Teknologi Automotif (A09) dan Teknologi Fabrikasi Logam (A11).  Bagi kursus AO, pemohon perlu mempunyai sijil ST (PW2) dan pengalaman kerja mengendali radas hidup selama sekurang-kurangnya 2 tahun atau pengalaman kerja mengendalikan radas hidup lebih 3 tahun sekiranya tiada sijil ST.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s