Pelabuhan Pasir Gudang

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963. LPJ telah mula beroperasinya pada tahun 1977 dan ianya merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas.LPJ telah mengalami perkembangan yang amat memberangsangkan sejak penubuhannya. Pada tahun 1995, operasi pelabuhan telah diswastakan di bawah Akta Penswastaan 1990 dan bermulalah fungsi LPJ sebagai badan kawalselia terhadap operasi yang dijalankan di pelabuhan.

Di atas keperluan dan permintaan yang tinggi di samping kawasan pantai di Pasir Gudang yang terhad, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi membuka satu lagi pelabuhan di Tanjung Pelepas, di sebelah barat negeri Johor. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebuah syarikat swasta bagi merancang, membina, mengendali dan menguruskan pelabuhan tersebut. Projek pelabuhan ke dua tersebut telah dimulakan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, fasa 1 telah disiapkan dan ianya telah memulakan operasinya pada Oktober 1999.

Selain itu, LPJ juga bertanggungjawab dalam menguruskan terminal feri di Tanjung Belungkor dan Changi, Singapura. Perkhidmatan feri yang pertama dijalankan oleh syarikat Ferrylink yang telah memulakan operasinya pada 8 September 1993 sehingga 8 April 2002. Selepas itu, Star Cruises telah mengambilalih perkhidmatan feri tersebut hingga sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s