09 Mac 2024

Kadar Sewa 2024

 AFIDEA MAWAR HOMESTAY*

Isnin - Khamis: RM200/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM220/malam

Kadar bulanan:
RM2500/bulan**
Deposit RM1000 - letrik, air dan sekuriti.

AFIDEA ALPINIA HOMESTAY*
Isnin - KhamisRM200/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM220/malam

Kadar bulanan:
RM2500/bulan**
Deposit RM1000 - letrik, air dan sekuriti.


AFIDEA LUNA HOMESTAY
Isnin - Khamis: RM220/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM240/malam

Kadar bulanan:
RM2700/bulan**
Deposit RM1000 - letrik, air dan sekuriti.

Syarat
*1. Maaf. Hanya terima tetamu yang ingin menginap 2 (dua) malam atau lebih.
2. Disertakan dengan wang deposit RM100 untuk pengesahan tempahan.

** kadar bulanan tidak termasuk bil letrik, bil air, cleaning fee RM150.00 dan gas masak.

CLEANING FEE (YURAN PEMBERSIHAN)
Cleaning fee dikenakan bagi yang menginap satu bulan atau lebih. Bayaran ini hanya sekali saja (one-off) ia tidak dipulangkan dan sebahagian daripada syarat.

Syarat bagi penginapan bulanan

Penginap yang memilih kadar bulanan mesti menginap genap 1 bulan atau lebih secara berterusan, tidak sambung-sambung untuk genapkan tempoh. Baki malam yang tidak digunakan dikira hangus jika check-out sebelum tempoh.
Untuk maklumat lanjut, sila talipon/SMS/whatsapp.

*Nota: Semua cadar, sarung bantal, sarung selimut akan ditukar dengan yang "fresh" setiap dua (2) minggu. Tiada "house cleaning service". Tetamu yang menginap perlu menjaga kebersihan homestay sendiri. Satu perjanjian ringkas mesti ditandatangani oleh Tetamu yang menginap, kandungan perjanjian ini termasuk penjagaan kebersihan.

Tempahan (booking)

Tempahan dikira sah jika disertakan dengan wang cagaran (deposit). Wang cagaran minima ia lah RM100 (tempoh menginap 1- 5 malam).
Jumlah wang cagaran tidak tetap, ia bergantung kepada tempoh menginap, bilangan orang dan faktor-faktor lain. Cagaran lebih tinggi bila menginap lebih 7 malam. 

Semua wang cagaran akan dipulangkan 1 hari selepas check-out atau apabila kami telah berpuas hati dengan keadaan homestay - dari segi kebersihan di semua bilik, dapur, susun atur perabut perabut serta tiada yang terbawa pulang atau dirosakkan.

Kebiasaan nya, semua deposit yang dibayar akan dipulangkan tanpa dipotong 1 sen pun. Kami faham Tuan/Puan/Cik juga mengharapkan demikian.
Bantu kami untuk menjaga kebersihan homestay. Terima kasih.

Pembatalan tempahan

Tuan/Puan/Cik boleh membatalkan tempahan 72 jam (3 hari) sebelum tarikh menginap tanpa dikenakan sebarang bayaran. 
Deposit tempahan/wang deposit dikira hangus jika pembatalan di saat akhir dan gagal check-in (no-shows).

23 Disember 2022

Afidea Mawar Homestay - Pasir Gudang

 Afidea Mawar Homestay -Taman Mawar, PG

Homestay berada di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Taman perumahan di tepi pusat Bandaraya Pasir Gudang. Tersepit di antara pusat Bandaraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Pasir Gudang- Johor Bahru.

Untuk ke pusat Bandaraya Pasir Gudang hanya sekitar 5 - 8 minit, ke Pekan Masai 8-10 minit manakala ke Johor Bahru kira-kira 25 minit. Kedudukan strategik ini menyingkatkan masa perjalanan Tuan/Puan/Cik untuk kemana sahaja di sekitar Pasir Gudang atau keluar ke Johor Bahru, Iskandar Puteri dsbnya.

Homestay yang sesuai bagi penginapan selesa keluarga kecil atau kumpulan dengan bilangan ahli maksimum 8 orang.

- Sebuah rumah 2 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 

Kelengkapan rumah:

UniFi 100Mbps kelajuan tinggi Wi-Fi Internet PERCUMA

Nota: Ada kamera sekuriti depan rumah.

Ruang rehat
- TV 32" lengkap dengan siaran ASTRO basic
- pemain DVD
- Air-conditioned

Bilik 1 (tingkat bawah)
- Air-conditioned
- kipas dinding 
- 2 Katil super single, almari baju

Bilik 2 bilik tidur utama (tingkat atas)
- Air-conditioned
- kipas siling
- 1 Katil double Queen
- Meja solek, Almari baju

Bilik 3 (tingkat atas)
- Kipas dinding
- 1 katil bujang dan 1 katil sorong

Ruang Dapur:
- Mesin basuh automatik
- Peti sejuk
- Periuk nasi elektrik
- Cerek elektrik
- Oven microwave
- Pembakar roti, 
- Dapur gas lengkap dengan set ringkas memasak, set pinggan-mangkuk, mug untuk hidangan 6 orang.

- Lain-lain yang disediakan:
* Bilik Air dilengkapi dengan pemanas air
* Seterika dan papan alas menggosok pakaian
* 6 tuala mandi

Komplimen: 
2 botol 1.5L air mineral, kopi 3 in 1, teh dan gula.

Berdekatan dengan:
(anggaran masa jika berkenderaan)

1. Politeknik Sultan Ibrahim (PIS) (10 minit)

2. Kolej Komuniti Pasir Gudang ( 10 minit)
3. UniKL Bandar Seri Alam (15 minit)
4. MRSM Bandar Seri Alam (15 minit)
5. UiTM Bandar Seri Alam (15 minit)
6. Kompleks Pusat Bandaraya Pasir Gudang - Menara Aqaba, UTC (5 minit)
7. Litar Lumba Pasir Gudang-Johor Circuit (5 minit)
8. Kawasan Perindustrian Pasir Gudang (5 minit)
9. Malaysia Marine and Heavy Engineering, MMHE (5 minit)
10. Tanjung Langsat Port (15 minit)
11. Bandaraya Johor Bahru (30 minit)
12. Stadium Pasir Gudang dan Stadium Tertutup Pasir Gudang (Stadium MPPG) (5 minit)
13. Hospital - Pakar KPJ  (5 minit)
14. Hospital Penawar Pasir Gudang  (5 minit)
15. Dewan Serbaguna Taman Mawar ( 3minit)
16.  Pekan Masai (10 minit)
17. Desaru (45 minit)

Taman Perumahan berhampiran dan sekeliling nya:
- Taman Bukit Dahlia
- Kompleks Pusat Bandaraya Pasir Gudang
- Taman Air Biru
- MMHE ( Malaysia Heavy Marine Engineering)
- Pelabuhan Johor Pasir Gudang (Johor Port)

Gambar Afidea Mawar Homestay 
Dalaman dan Luaran

Ruang tamu dan ruang makan
Foto 1: Ruang tamu dan ruang makan

ruang tamu
Foto 2: Ruang tamu

bilik tidur 1
Foto 3: Bilik tidur 1 

bilik tidur 1
Foto 4: Bilik tidur 1

bilik tidur 1
Foto 5: Bilik tidur 1

bilik tidur utama
Foto 6: Bilik tidur utama

bilik tidur utama
Foto 7: Bilik tidur utama

bilik tidur 2
Foto 8: Bilik tidur 2

bilik tidur 2
Foto 9: bilik tidur 2

ruang dapur
Foto 10: Ruang dapur

ruang dapur
Foto 11: Ruang dapur

rekabina rumah
Foto 12: Rekabina rumah

halaman rumah muat 2 kereta
Foto 13: Halaman rumah - muat 2 kereta

Afidea Alpinia Homestay - Pasir Gudang

 Afidea Alpinia Homestay - Taman Scientex, PG

Afidea Alpinia Homestay terletak di Fasa Alpinia Taman Scientex, Pasir Gudang.
Fasa yang paling hampir dengan pusat Bandaraya Pasir Gudang. Terletak di pangkal Jalan Persiaran Scientex, jalan utama untuk masuk ke Taman Scientex dan Taman Nusa Damai serta mudah untuk ke Bandar Seri Alam.
Rumah teres 2 tingkat, 3 bilik tidur semua air-conditioned (AC) dan 3 bilik air.
Homestay yang sangat selesa, bersih dan sesuai untuk bilangan ahli keluarga sederhana. Manakala bilangan maksima tetamu dewasa yang dirasakan sesuai ialah 8 orang.

Semua kelengkapan asas yang Tuan/Puan/Cik perlukan ada disediakan seperti internet, mesin basuh, peti ais, TV, microwave, seterika dll.

Kelengkapan rumah:

UniFi - Internet Wi-Fi percuma
Nota: Ada kamera sekuriti depan rumah

Ruang rehat 
- sofa 3+2+1, 
- kipas siling, 
- TV LCD 32" - ASTRO basic. 
- pemain DVD
 
Ruang makan 
- meja dengan 4/6 kerusi, 
- kipas siling

Bilik 1 - bilik tidur utama 
- air-conds (AC) 
- kipas siling 
- katil divan queen, 
- meja solek, almari 
- rak tuala/sejadah.

Bilik tidur 2 dan 3 
- Air-conditioned 
- kipas dinding
- 2 katil bujang
- lampu meja

* 1 pemanas air (1 water heater) dipasang di bilik air - bilik tidur utama.

Kelengkapan dapur:
- Peti sejuk
- Mesin Basuh automatik
- Mikrowave oven
- Toaster
- blender
- Cerek elektrik
- Periuk nasi elektrik
- Seterika dan papan alas menggosok
- Dapur gas dan set memasak ringkas
- Set pinggan-mangkuk, mugs, gelas untuk 6 orang

Juga disediakan untuk kegunaan tetamu:
* 6 tuala mandi
* 2 sejadah
* 2 botol besar air mineral
* Paket teh, gula dan campuran kopi untuk 6 orang

 Berdekatan dengan:
(anggaran masa jika berkenderaan)

1. Politeknik Sultan Ibrahim (PIS) (5 minit)

2. Kolej Komuniti Pasir Gudang ( 3 minit)
3. UniKL Bandar Seri Alam (15 minit)
4. MRSM Bandar Seri Alam (15 minit)
5. UiTM Bandar Seri Alam (15 minit)
6. Kompleks Pusat Bandaraya Pasir Gudang - Menara Aqaba, Stadium, UTC ( 10 minit)
7. Litar Lumba Pasir Gudang-Johor Circuit (5 minit)
8. Kawasan Perindustrian Pasir Gudang (10 minit)
9. Malaysia Marine and Heavy Engineering, MMHE (15 minit)
10. Tanjung Langsat Port (15-20 minit)
11. Bandaraya Johor Bahru (30 minit)
12. Stadium Pasir Gudang dan Stadium Tertutup Pasir Gudang (Stadium MPPG) (10-15 minit)
13. Hospital - Pakar KPJ 
14. Hospital Penawar Pasir Gudang
15, Desaru (45 minit)

Taman Perumahan/pekan berdekatan:
- Taman Nusa Damai
- Taman Cendana
- Taman Kota Masai
- Taman Cahaya Masai
- Taman Bukit Dahlia
- Bandar Seri Alam
- Pekan Masai
- Taman Flora Height

Gambar Afidea Alpinia Homestay -
- Dalaman dan Luaran

ruang tamu 1
Foto 1: Ruang tamu

ruang tamu dan ruang makan
Foto 2: Ruang tamu dan ruang makan

ruang tamu dan ruang makan 2
Foto 3: Ruang tamu dan ruang makan

ruang tamu
Foto 4: Ruang tamu

Bilik tidur utama
Foto 5: Bilik tidur utama

Bilik tidur utama
Foto 6: Bilik tidur utama

Bilik tidur utama
Foto 7: Bilik tidur utama

Bilik tidur 2
Foto 8: Bilik tidur 2

Bilik tidur 2
Foto 9: Bilik tidur 2

Bilik tidur 3
Foto 10: Bilik tidur 3

Bilik tidur 3
Foto 11: Bilik tidur 3

ruang dapur
Foto 12: Ruang dapur

rekabina rumah dari luar
Foto 13: Rekabina rumah

Afidea Luna Homestay - Pasir Gudang

 Afidea Luna Homestay -Taman Scientex, PG

Homestay yang selesa, lengkap dengan semua kemudahan serta perjiranan yang aman.  Terletak di Taman Scientex, kawasan Jalan Kancil, bertentangan dengan tanah lapang, padang - padang permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan gelanggang badminton/takraw. Di setiap petang ada saja hilai tawa remaja dan kanak-kanak yang dapat menghidupkan suasana sekitaran.

Berada tidak jauh dari persimpangan masuk ke Taman Nusa Damai, Kolej Komuniti Pasir Gudang dan Supermarket Econsave.

Sangat selesa untuk 8 orang (ada 2 katil kelamin dan 4 katil bujang), masih selesa bagi bilangan bawah 12 orang.

Kelengkapan rumah:

Ruang rehat 
- sofa kulit 3+2 
- LED TV 32" 
- pemain DVD 
- kipas siling

Ruang makan 
- meja 6 kerusi
- kipas siling

Bilik tidur 1 bilik utama (di atas):
- 1 katil queen 
- 1 katil bujang 
- Air-Conditioned 
- kipas siling, 
- almari 3 pintu
- meja solek
- water heater di bilik air

Bilik tidur 2 (di atas):
- 1 katil queen
- 1 katil bujang
- Air-Conditioned
- kipas siling
- almari 2 pintu

Bilik tidur 3 (di bawah):
- 2 katil bujang
- Air-Conditioned
- kipas siling
- almari 2 pintu
- water heater di bilik air

Ruang dapur 

Peralatan ringkas untuk memasak dan menghidangkan makanan 
- dapur gas, periuk, kuali, pinggan mangkuk, sudu, garpu dll.

Peralatan elektrik
- periuk nasi, 
- cerek, 
- peti sejuk
- microwave, 
- toaster, 
- mesin basuh, 
- seterika
- papan alas menggosok.

Turut disediakan:
- 6 tuala mandi
- campuran kopi 3+1, teh, gula untuk 6 orang
- 2 botol air mineral

Berdekatan dengan:

(anggaran masa jika berkenderaan)

1. Politeknik Sultan Ibrahim (PIS) (5 minit)

2. Kolej Komuniti Pasir Gudang ( 3 minit)
3. UniKL Bandar Seri Alam (15 minit)
4. MRSM Bandar Seri Alam (15 minit)
5. UiTM Bandar Seri Alam (15 minit)
6. Kompleks Pusat Bandaraya Pasir Gudang - Menara Aqaba, Stadium, UTC ( 10 minit)
7. Litar Lumba Pasir Gudang-Johor Circuit (5 minit)
8. Kawasan Perindustrian Pasir Gudang (10 minit)
9. MMHE (15 minit)
10. Tanjung Langsat Port (15-20 minit)
11. Bandaraya Johor Bahru (30 minit)
12. Stadium Pasir Gudang dan Stadium Tertutup Pasir Gudang (Stadium MPPG) (10-15 minit)
13. Hospital - Pakar KPJ  (10 minit)
14. Hospital Penawar Pasir Gudang  (10 minit)
15. Desaru (45 minit)

Taman Perumahan/pekan/bandar berdekatan:
- Taman Nusa Damai
- Taman Kota Masai
- Taman Cahaya Masai
- Taman Cendana
- Taman Bukit Dahlia
- Pekan Masai
- Taman Flora Heights
- Bandar Seri Alam
- Kampong Kopok Baru

Gambar Afidea Luna Homestay -
 - Dalaman dan Luaran

ruang tamu dan ruang makan
Foto 1: Ruang tamu dan ruang makan

ruang tamu dan ruang makan
Foto 2: Ruang tamu dan ruang makan

ruang tamu dan ruang makan
Foto 3: Ruang makan dan ruang tamu

bilik tidur utam
Foto 4: Bilik 1- bilik tidur utama di tingkat atas

bilik tidur utam
Foto 5: Bilik 1- bilik tidur utama di tingkat atas

bilik tidur utama
Foto 6: Bilik 1- Bilik tidur utama di tingkat atas

bilik tidur 2 di tingkat atas
Foto 7: Bilik tidur 2 di tingkat atas

bilik tidur 2 di tingkat atas
Foto 8: Bilik tidur 2 di tingkat atas

bilik tidur 3 di tingkat bawah
Foto 9: Bilik tidur 3 di tingkat bawah

bilik tidur 3 di tingkat bawah
Foto 10: Bilik tidur 3 di tingkat bawah

bilik tidur 3 di tingkat bawah
Foto 11: Bilik tidur 3 di tingkat bawah

ruang dapur
Foto 12: Ruang dapur

luar rumah - afidea luna homestay
Foto 13: Rekabina rumah

laman rumah - afidea luna homestay
Foto 14: Laman rumah

22 Jun 2022

Keadaan kembali normal

 Alhamdulillah, keadaan kelamkabut di Malaysia akibat dilanda wabak Covid-19 beransur-ansur reda dan suasana kehidupan seharian mula kembali normal. Ketika ini nampak nya wabak Covid-19 yang telah melanda dunia dan Malaysia selama lebih 2 tahun lepas sudah semakin dilupakan. Bilangan kematian dan bilangan orang yang dijangkiti semakin menurun dan yang dijangkiti pun segera pulih. Ini menunjukkan penerima-penerima vaksin membantu mengurangkan kes daripada merebak pantas dan menurunkan bilangan jangkitan kepada yang lain.

Kita tidak diperlukan lagi mengimbas kod tempat dilawati dengan apps MySejahtera setiap kali masuk ke mana-mana kedai, pusat membeli belah atau dimana saja. Diharapkan di hari hari mendatang Covid-19 terus memudar dan langsung lesap daripada dunia. 

Tetamu-tetamu yang ingin menginap di homestay tidak lagi perlu menghantar salinan muka depan MySejahtera untuk membuat tempahan menginap.

23 Februari 2022

Salinan MySejahtera setiap Penginap

 Ingin dimaklumkan, sebagi langkah-langkap keselamatan daripada dijangkiti Covid-19, Omicron dan apa lagi terbitan/varian yang akan muncul semua penginap mesti menghantar satu salinan muka depan MySejahtera kepada kami

Ini bagi membuktikan bahawa bakal penginap telah di vaksin, lengkap - dos pertama, dos kedua dan dos booster. Langkah keselamatan ini telah berkuatkuasa sejak bulan Jun 2021.

Ini bertujuan supaya kami tahu lebih awal bahawa semua penginap bebas Covid-19, Omicron. Penginap-penginap juga berasa selamat dan yakin tidak menjangkiti atau dijangkiti sesama rakan semasa menginap di homestay. 

Kami juga berasa yakin untuk mengemas, mencuci homestay setelah para penginap check-out. Semua cadar, sarung bantal, tuala dan segala peralatan yang terdapat di homestay diyakini tidak tercemar virus Covid-19, omicron.

Bakal penginap baru juga akan berasa selamat untuk menginap.

Sebagai langkap keselamatan, hanya bakal penginap yang telah lengkap di vaksin di terima untuk membuat tempahan menginap. 

Wabak Covid-19 dan Omicron

 Seluruh dunia termasuk Malaysia telah dilanda oleh wabak virus Covid-19 sejak 2 tahun lepas yang bermula di sekitar Januari 2020. Berlanjutan hingga kini. Ini diikuti pula oleh wabak terbitan Covid-19 ia itu Omicron yang juga mudah tersebar dengan cepat. 

Walaupun hampir semua orang dewasa telah disuntik dengan vaksin - dos pertama, dos kedua dan dos ketiga -  booster tetapi  sebagai pencegahan, kita semua digalakkan memakai pelitup muka, untuk menutup saluran pernafasan, hidung dan mulut. Banyak berita tersebar menunjukkan orang yang telah disuntik vaksin pun masih boleh terkena jangkitan virus Covid-19 dan Omicron. 

Vaksin dapat dianggap sebagai "activator" pada sistem tubuh setiap individu agar dapat meningkatkan pengeluaran/pembuatan "anti-body". Anti-body inilah yang menjadi askar-askar penghapus virus Covid-19, omicron dan lain lain. Semakin banyak anti-body dapat dihasilkan oleh tubuh, semakin kuat benteng pertahanan tubuh kita.

Jadi pembinaan, penghasilan, pengeluaran anti-body pada masing-masing tubuh setiap individu adalah berbeza pada kuantiti dan kualiti. Pekara ini di sebabkan oleh faktor tahap kesihatan pada setiap individu. Bagi yang sihat, aktif, tidak ada sakit sudah tentu mempunyai pertahanan tubuh yang tinggi. Tetapi bagi individu yang ada penyakit, tahap kesihatan yang rendah tentunya mudah dijangkiti walaupun sudah di vaksin ke tahap ketiga.

Penyebaran virus Covid adalah melalui titisan wap air (seperti wap air yang keluar dari cerek/periuk nasi panas) - wap bila kita bercakap, bertutur, bernafas. Kita semua pernah melihat di TV, di negara-negara sejuk pada musim sejuk, apabila seseorang itu bercakap, bernafas - ada semacam wap putih keluar daripada mulut dan hidung dia. Tetapi di kawasan tropika, wap yang keluar dari mulut dan hidung kita tidak jelas kelihatan, kecuali bila dihembus di hadapan cermin.

Apabila kita bertutur, berbual dengan rakan atau berada di khalayak ramai terutama di ruang tertutup, densiti atau kuantiti wap air adalah tinggi begitu juga densiti virus Covid, jadi peluang kita mendapat atau dijangkiti virus turut tinggi. 

Jadi pemakaian pelitup muka, tidak selalu berada di ruang tertutup, kurangkan berinteraksi dengan orang ramai, selalu membasuh tangan selepas memegang sesuatu menjadi habit yang wajib dipraktik ketika ini supaya kita tidak termasuk dalam statistik pengidap Covid.

Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1000 - ...